Friday 27 September 2013

LATAR BELAKANG SYARIKAT


Syarikat Nur Pergam Sdn Bhd merupakan sebuah syarikat100% milik bumiputera.  Syarikat ini dimiliki oleh En Shaffiee Bin Amin yang  merupakan pemilik tunggal syarikat.  Beliau telah menceburkan diri dalam bidang pembuatan makanan sejuk beku ini lebih dari 15 tahun.  Beliau menggunakan jenama NUR ASHA bagi produk keluran syarikat beliau yang mana nama tersebut adalah nama gabungan bagi nama beliau, isteri dan anak beliau.  Produk makanan pertama yang dibuat oleh beliau ialah pau.  Selepas itu, barulah beliau memperkenalkan produk-produk lain dan menubuhkan perusahaan ini bagi memasarkan produk-produk beliau secara lebih meluas.

Beliau merupakan seorang pengusaha yang berpengalaman dan berkemahiran.  Beliau telah mengikuti pelbagai kursus bagi memajukan perusahaan.  Beliau juga merupakan seorang yang cekal dan kuat semangat serta sukakan cabaran bagi memajukan dirinya dan juga perniagaannya.


Produk-produk keluaran syarikat akan dipelbagaikan dari masa ke semasa mengikut permintaan pelanggan.    Ini bagi mengekalkan produk untuk berada di pasaran dan menjadi pilihan pelanggan sediaada dan akan datang.  Jenis-jenis produk juga telah ditambah dari semasa ke semasa bagi menarik pelanggan untuk mencuba produk baru keluaran syarikat.


Pembuatan produk di kilang ini di lakukan tidak mengunakan mesin sepenuhnya.  Pembuatannya di lakukan secara semi auto.  Ini bagi mengekalkan kualiti dan keaslian produk.  Proses pengeluaran kebanyakan produk yang berada di pasaran adalah secara auto, dengan itu pengusaha masih mengekalkan keaslian produk secara semi auto bagi membezakan produk keluaran syarikat ini dengan syarikat yang lain.


Syarikat Nur Pergam Sdn Bhd beralamat di Parit 1, Sungai Pergam, 36100 Bagan Datoh, Perak.


No comments:

Post a Comment