TELEFON
05-6468911 (KILANG)
0195658244 (SHAFFIEE)
FAKS
05-6466344
E-MEL
shafee.amin@yahoo.com
FACEBOOK
Shaffiee Syarikat Nur Pergam
ALAMAT
Parit 1 Sungai Pergam
36100 Bagan Datoh, Perak
Sunday, 17 November 2013
Tuesday, 8 October 2013
PASARAN
Produk sejuk beku ini boleh
didapati di pasaraya TF Value Mart sekitar Perak, Gemas, Billion Shopping Centre
sekitar Perak, Sabak Bernam dan Sungai Besar.
Selain itu, terdapat juga di PCK Fresh Mart Enterprise sekitar Perak,
pasaraya-pasaraya kecil, kedai-kedai runcit di sekitar Perak, Sabak Bernam dan
Sungai Besar. Antaranya ialah Pasaraya
Sri Kassim (Sungai Besar), Al-Marbawi Enterprise (Sri Manjung), Pastry Shamsiah
(Bagan Datoh), Qaseh Tradisional (Kampar), Famili Mart Superstore Sdn Bhd (Slim
River), Kohalal Ehsan (Kuala Kangsar), Lekir Ukhwah Enterprise (Sitiawan),
Tepung Rangup ini boleh didapati di
kedai-kedai buah dan kedai runcit sekitar Perak.
MAKLUMAT PRODUK
Tepung Rangup (Serbaguna)
Tepung rangup ini bertujuan untuk
menjadikan makanan yang digoreng lebih rangup dan enak. Tepung ini telah diadun secukup rasa bagi
memudahkan pengguna. Tepung rangup ini
mendapat permintaan yang tinggi dari pelanggan dan merupakan tepung pilihan
bagi peniaga pisang goreng.
Roti
Canai
Roti canai segera yang dihasilkan lebih
enak dan rasanya berlemak berbanding roti canai segera yang lain. Roti canai ini boleh didapati dengan harga
yang amat berpatutan. Roti canai ini
juga mendapat permintaan yang tinggi dari pelanggan dan telah mendapat tempat ke-2 untuk pertandingan roti canai sejuk beku seluruh Malaysia semasa MAHA 2012.
Karipap
Karipap ini merupakan karipap inti
kentang. Karipap ini mempunyai rasa yang
enak dan pastri yang lembut. Karipap ini
juga amat digemari oleh kanak-kanak kerana rasa intinya yang tidak terlalu
pedas.
Karipap
Pusing
Karipap pusing ini mempunyai pastri
yang rangup dan lembut. Karipap pusing
ini juga mempunyai inti kentang. Karipap
pusing ini berbeza bentuknya dengan karipap pusing yang lain. Kelainan yang diperkenalkan ini adalah untuk menarik
pelanggan.
Samosa
Samosa ini mempunyai rasa inti yang
sedap dan amat digemari terutama dari golongan kanak-kanak. Samosa ini mempunya inti sayur campur dan
kentang. Kulit samosa yang digunakan
juga adalah dari jenis yang berkualiti.
Cucur
Badak
Cucur badak ini mempunyai inti yang
enak dan berbeza dengan inti cucur badak lain yang telah berada di pasaran. Rasa pedas dan manis yang secukupnya
membuatkan ramai pelanggan menyukainya termasuk kanak-kanak.
Roti
Arab
Roti arab merupakan
produk baru keluaran syarikat. Roti arab
ini mempunyai tekstur yang lembut dan halus serta rasanya yang enak. Roti arab ini juga enak di makan terus
selepas dibakar.
Karipap Giant
Karipap giant
merupakan produk terbaru keluaran syarikat. Karipap giant ini
mempunyai 3 rasa yang berbeza iaitu, berinti keledek, kelapa dan
sayur. Karipap ini sudah mula diperkenalkan dan telah dihantar ke
beberapa kedai sekitar Perak.
Friday, 27 September 2013
LATAR BELAKANG SYARIKAT
Syarikat Nur Pergam Sdn Bhd merupakan sebuah syarikat100%
milik bumiputera. Syarikat ini dimiliki oleh En Shaffiee Bin Amin yang merupakan pemilik tunggal syarikat. Beliau telah menceburkan diri dalam bidang pembuatan makanan sejuk beku ini lebih dari
15 tahun. Beliau menggunakan jenama NUR ASHA bagi produk keluran syarikat beliau yang
mana nama tersebut adalah nama gabungan bagi nama beliau, isteri dan anak beliau. Produk makanan pertama yang dibuat oleh beliau ialah pau. Selepas itu,
barulah beliau memperkenalkan produk-produk lain dan menubuhkan perusahaan ini bagi memasarkan produk-produk beliau secara lebih meluas.
Beliau merupakan seorang pengusaha yang berpengalaman dan berkemahiran. Beliau telah mengikuti pelbagai kursus bagi memajukan perusahaan. Beliau juga merupakan seorang yang cekal dan kuat semangat serta sukakan cabaran bagi memajukan dirinya dan juga perniagaannya.
Produk-produk keluaran syarikat akan dipelbagaikan dari masa ke semasa mengikut permintaan pelanggan. Ini bagi mengekalkan produk untuk berada di pasaran dan menjadi pilihan pelanggan sediaada dan akan datang. Jenis-jenis produk juga telah ditambah dari semasa ke semasa bagi menarik pelanggan untuk mencuba produk baru keluaran syarikat.
Pembuatan produk di kilang ini di lakukan tidak mengunakan mesin sepenuhnya. Pembuatannya di lakukan secara semi auto. Ini bagi mengekalkan kualiti dan keaslian produk. Proses pengeluaran kebanyakan produk yang berada di pasaran adalah secara auto, dengan itu pengusaha masih mengekalkan keaslian produk secara semi auto bagi membezakan produk keluaran syarikat ini dengan syarikat yang lain.
Syarikat Nur Pergam Sdn Bhd beralamat di Parit 1, Sungai Pergam, 36100 Bagan Datoh, Perak.

Monday, 3 June 2013
Subscribe to:
Posts (Atom)