Tuesday 8 October 2013

PASARAN



Produk sejuk beku ini boleh didapati di pasaraya TF Value Mart sekitar Perak, Gemas, Billion Shopping Centre sekitar Perak, Sabak Bernam dan Sungai Besar.  Selain itu, terdapat juga di PCK Fresh Mart Enterprise sekitar Perak, pasaraya-pasaraya kecil, kedai-kedai runcit di sekitar Perak, Sabak Bernam dan Sungai Besar.  Antaranya ialah Pasaraya Sri Kassim (Sungai Besar), Al-Marbawi Enterprise (Sri Manjung), Pastry Shamsiah (Bagan Datoh), Qaseh Tradisional (Kampar), Famili Mart Superstore Sdn Bhd (Slim River), Kohalal Ehsan (Kuala Kangsar), Lekir Ukhwah Enterprise (Sitiawan),  

Tepung Rangup ini boleh didapati di kedai-kedai buah dan kedai runcit sekitar Perak.

MAKLUMAT PRODUK



Tepung Rangup (Serbaguna)
Tepung rangup ini bertujuan untuk menjadikan makanan yang digoreng lebih rangup dan enak.  Tepung ini telah diadun secukup rasa bagi memudahkan pengguna.  Tepung rangup ini mendapat permintaan yang tinggi dari pelanggan dan merupakan tepung pilihan bagi peniaga pisang goreng.

Roti Canai
Roti canai segera yang dihasilkan lebih enak dan rasanya berlemak berbanding roti canai segera yang lain.  Roti canai ini boleh didapati dengan harga yang amat berpatutan.  Roti canai ini juga mendapat permintaan yang tinggi dari pelanggan dan telah mendapat tempat   ke-2 untuk pertandingan roti canai sejuk beku seluruh Malaysia semasa MAHA 2012.

Karipap
Karipap ini merupakan karipap inti kentang.  Karipap ini mempunyai rasa yang enak dan pastri yang lembut.  Karipap ini juga amat digemari oleh kanak-kanak kerana rasa intinya yang tidak terlalu pedas.  

Karipap Pusing
Karipap pusing ini mempunyai pastri yang rangup dan lembut.  Karipap pusing ini juga mempunyai inti kentang.  Karipap pusing ini berbeza bentuknya dengan karipap pusing yang lain.  Kelainan yang diperkenalkan ini adalah untuk menarik pelanggan. 

Samosa
Samosa ini mempunyai rasa inti yang sedap dan amat digemari terutama dari golongan kanak-kanak.  Samosa ini mempunya inti sayur campur dan kentang.  Kulit samosa yang digunakan juga adalah dari jenis yang berkualiti. 

Cucur Badak
Cucur badak ini mempunyai inti yang enak dan berbeza dengan inti cucur badak lain yang telah berada di pasaran.  Rasa pedas dan manis yang secukupnya membuatkan ramai pelanggan menyukainya termasuk kanak-kanak.    

Roti Arab
Roti arab merupakan produk baru keluaran syarikat.  Roti arab ini mempunyai tekstur yang lembut dan halus serta rasanya yang enak.   Roti arab ini juga enak di makan terus selepas dibakar.

Karipap Giant
Karipap giant merupakan produk terbaru keluaran syarikat. Karipap giant ini mempunyai 3 rasa yang berbeza iaitu, berinti keledek, kelapa dan sayur. Karipap ini sudah mula diperkenalkan dan telah dihantar ke beberapa kedai sekitar Perak.